Fakta Tentang Alergi Dan Resdung

 

Sehingga kini tiada ubat yang dapat menyembuhkan Alergi atau Resdung 100%. Ini bermakna penghidap terpaksa bergantung dengan ubat seumur hidup mereka. Jika gejala tidak dikawal, daripada setakat Alergi biasa kemudiannya akan menjadi Lelah (Asma) atau Resdung yang kronik.

Walaupun gejala alergi hidung dan resdung tidak mengancam nyawa, tetapi boleh memberi kesan negatif pada kualiti hidup pesakit seperti tidur terganggu, kerap merasa tidak selesa, cepat marah, depresi serta kurang konsentrasi. Secara tidak langsung, masalah berkenaan mengganggu prestasi pekerjaan atau persekolahan serta menghadkan aktiviti percutian.

Tahukah Anda?

  • Masalah alergi adalah biasa di kalangan kanak-kanak.
  • Alergi hidung dan Resdung, tidak berjangkit tetapi boleh diwarisi melalui keturunan.
  • Sehingga masa kini tiada ubat yang dapat menyembuhkan alergi hidung 100%.
  • Sebahagian besar mereka yang menghidap lelah juga menghidap alergi hidung dan resdung.
  • Resdung tidak menyebabkan jerawat atau ulat/hama keluar daripada hidung atau muka penghidap. Jerawat disebabkan oleh hormon yang tidak seimbang, jangkitan kuman dan pengeluaran minyak yang berlebihan oleh kelenjar minyak muka atau badan.
 
×
Hello Dear,
What can I help you?