FAQ

Siapa Yang Memerlukan Ezibreathe?

Mereka yang mengalami masalah Alergi Hidung, Resdung dan Asma

Apa Beza Alahan / Alergi Hidung Dan Resdung?

Alahan Hidung (Allergic Rhinitis) Resdung (Sinusitis)
Makna Radang pada selaput rongga hidung disebabkan tindakbalas keterlaluan sistem imunisasi (pertahanan badan) terhadap “allergen” (faktor yang menyebabkan alahan). Radang pada selaput rongga sinus yang terletak di tengkorak muka (dibelakang tulang pipi, hidung, dahi dan di sekitar mata).

Sinus terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-

  • Sinusisitis Akut – kurang daripada sebulan.
  • Sinusitis Kronik – berbulan dan kadangkala bertahun.
“Allergen” (Faktor Penyebab)
  • Pencemaran udara seperti habuk, asap rokok, kenderaan atau masakan.
  • Bauan kuat seperti minyak wangi atau cat.
  • Debunga.
  • Hama.
  • Bulu binatang.
  • Lipas atau tikus.
  • Makanan laut atau pedas.
  • Perubahan cuaca sejuk atau panas.
  • Jangkitan virus atau bakteria.
  • Masalah alahan hidung dan lelah yang berpanjangan.
  • Perubahan tekanan udara seperti mendaki, berenang atau menyelam.
  • Kecacatan atau ketumbuhan di dalam hidung.
  • Sistem imunisasi badan yang lemah.
  • Penggunaan berpanjangan ubat penyembur hidung.
Simptom atau Gejala (Anda boleh mengalami salah satu atau banyak gejala).
  • Kerap bersin dan/atau hidung tersumbat.
  • Hingus yang cair dan jernih.
  • Gatal hidung, mata, telinga dan/atau tekak.
  • Sakit tekak dan/atau batuk yang berulang.
  • Berubah deria bau.
  • Tompok gelap dibawah mata.
  • Pipi atau persekitaran mata rasa sakit.
  • Kelopak mata terasa berat.
  • Hidung tersumbat.
  • Hingus kuning kehijauan yang pekat.
  • Hilang deria bau dan/atau rasa.
  • Batuk dan/atau sakit tekak.
  • Sakit gigi geraham atau rahang.
  • Nafas dan hidung berbau busuk.
  • Sakit kepala dan/atau demam.
  • Nanah atau darah di dalam rongga hidung.
Komplikasi
  • Tidur terganggu.
  • Keletihan.
  • Kerap merasa ¬†tidak selesa, cepat marah.
  • Mengurangkan daya konsentrasi.
  • Menghadkan aktiviti.
  • Meningkatkan kekerapan ponteng kerja dan sekolah.
  • Jangkitan di telinga menyebabkan kurang pendengaran atau pekak.
  • Asma (lelah).
  • Resdung.
  • Sakit tekak dan batuk yang berterusan.
  • Sakit kepala.
Walaupun jarang berlaku, komplikasi melibatkan:-

  • Bengkak atau penanahan di otak.
  • Jangkitan di tulang sumsum.
  • Masalah penglihatan.
  • Asma

Bolehkah Wanita Mengandung Atau Yang Menyusu Badan Pada Bayi Mengambil Ezibreathe?

Ya! Boleh tetapi bagi wanita mengandung (selepas kandungan 3 bulan)

Bolehkah Ezibreathe Diambil Bersama Ubat-ubatan Lain?

Boleh, cuma jarakkan 30 minit selepas mengambil ubat-ubatan lain

Bagaimanakah Cara Pengambilan Ezibreathe?

Hanya perlu dikunyah, tidak perlu diambil dengan makanan atau pun minuman, boleh diambil dengan perut kosong sebaiknya sebelum makan. Dos pengambilan, sila rujuk pada label yang tertera di kotak atau botol.

Waktu Mengambil Ezibreathe?

Waktu terbaik adalah awal pagi selepas bangun tidur dan sebelum tidur

Berapa Banyak Saya Perlu Ambil Sehari?

Ikut arahan yang tertera di botol atau boleh diambil bila perlu, maksimum 5 biji sehari bagi kanak-kanak dan 10 biji bagi dewasa

Berapa Lama Saya Perlu Mengambil Untuk Melihat Kesannya?

Bergantung pada sistem pertahanan badan dan berapa kronik gejala yang dihadapi. Biasanya kesan dapat dilihat selepas 2 hari hingga 3 minggu, ada juga selepas 2 atau 3 botol terutama mereka yang mengalami masalah resdung yang kronik. Bagi yang sudah biasa mengambil EZiBreathe kesan dapat dilihat selepas 5 ke 15 minit

Perlukah Saya Terus Mengambil Ezibreathe Selepas Resdung / Hidung Saya Pulih?

Pengambilan EZiBreathe berterusan dapat mencegah dan mengurangkan kekerapan gejala daripada berulang. Buat pengetahuan anda, gejala Alergi Hidung atau Resdung yang anda hadapi tidak boleh sembuh 100%. Ianya adalah gejala yang terpaksa anda tanggung seumur hidup. Sehingga kini masih tiada ubat dan rawatan moden atau tradisional yang dapat menyembuhkan masalah Alergi Hidung dan Resdung. Ini bermakna penghidap terpaksa bergantung dengan ubat seumur hidup mereka bagi memastikan gejala terkawal dan tidak mengganggu aktiviti kehidupan seharian

Adakah Ezibreathe Akan Memberi Kesan Sampingan Atau Kesan Sementara?

Tiada kesan sampingan kerana EZiBreathe tidak mengandungi dadah atau steroid. EZiBreathe dihasilkan daripada garam galian yang boleh didapati di dalam makanan seharian kita. Jadi ianya selamat diambil berterusan

Walaubagaimanapun, EZiBreathe boleh menyebabkan tindakbalas sementara (healing crisis process) bagi mereka yang pertama kali mengambilnya, di mana gejala akan menjadi bertambah teruk selama 1 hingga 3 minggu. Anda tidak perlu risau, ini menandakan EZiBreathe sedang bertindakbalas dengan sistem imunisasi badan. Ianya akan berakhir selepas 1-3 minggu

Apakah Pantang Larang Semasa Mengambil Ezibreathe?

Tiada pantang larang yang spesifik cuma:-

  • Jarakkan masa 1/2 jam sebelum atau selepas anda meminum teh atau kopi
  • Jika anda alah/alergi pada sesetengah makanan contohnya makanan laut, anda perlulah berpantang sendiri atau cuba mengurangkan pengambilanny

Cara Menyimpan

Jauhi daripada barangan elektrik dan haba panas kerana ini akan mencairkan tablet dan mengurangkan keberkesanan EZiBreathe

×
Jangan tunggu lagi! Hubungi kami dan dapatkan EZiBreathe sekarang.