Masalah Alergi di Kalangan Kanak-Kanak

 

Dianggarkan sebanyak 5.3 juta rakyat Malaysia, sebahagian besarnya kanak-kanak dikesan menghidap keradangan hidung (Allergic Rhinitis) yang boleh menyebabkan perkembangan 'minda tersekat' dan mengganggu pelajaran mereka. Penyakit tersebut berlaku akibat faktor genetik apabila anak-anak akan mewarisi alahan terhadap bahan yang sama daripada ibu atau bapanya.

Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami gejala alahan hidung, tidak pandai menyuarakan rasa sakit atau tidak selesa mereka melalui kata-kata, jadi mereka menyuarakannya melalui perubahan tingkah laku di sekolah atau di rumah seperti cepat marah dan depresi. Sesetengah kanak-kanak pula akan menjauhkan diri mereka daripada kawan-kawan kerana takut penyakit mereka akan berjangkit.

Di bawah hanyalah beberapa potensi masalah yang boleh dihidapi oleh mereka. Rawatan dan pencegahan di peringkat awal adalah penting bagi memperbaiki kualiti hidup mereka dan mengurangkan kekerapan tidak hadir ke sekolah.

  • Kekerapan bernafas melalui mulut apabila hidung tersumbat akan membuatkan bentuk tulang muka kanak-kanak berubah menjadi tidak normal, disusuli dengan pertumbuhan gigi yang tidak teratur.
  • Radang telinga yang boleh menyebabkan kurang pendengaran atua pekak. Sekiranya kanak-kanak tersebut sedang belajar bercakap, mereka akan mengalami masalah pertuturan.

TIP MENGURUSKAN MASALAH ALERGI KANAK-KANAK

Kanak-kanak yang ada masalah alergi mungkin tidak memahami apa yang menyebabkan beliau bersin atau hidung berair. Sebagai ibu bapa, kita boleh membantu mengenal pasti alergen dan mencetuskan gejala alergi anak anda dan mengajar anak anda supaya dia tahu apa yang harus dielakkan adalah langkah terbaik.Minta guru anak anda berbincang dengan kelas tentang masalah alergi supaya anak anda berasa lebih selesa.

Beritahu guru-guru anak anda, jurulatih dan penjaga seperti pengasuh tentang masalah alergi anak anda. Jelaskan apa pencetusnya dan ubat-ubatan yang diambil. Jika anak anda duduk berhampiran dengan papan hitam atau berdekatan tumbuh-tumbuhan di dalam bilik darjah yang boleh mencetuskan alerginya, minta guru untuk menukarkan tempat duduk mereka.

Legakan gejala-gejala alergi anak anda dengan antihistamin bukan sedating (tidak mengantuk) seperti EZiBreathe.Jika anda keliru dengan gejala-gejala alergi anak anda, adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor atau ahli farmasi.

Ketahui perbezaan antara colds (jangkitan selesema) dan alergi. Kedua-duanya boleh menyebabkan bersin, hidung tersumbat, hidung berair dan mata berair. Selesema biasanya bermula dengan sakit tekak, manakala alergi boleh menyebabkan rasa gatal di tekak, mata, dan hidung. Selesema akan berlarutan selama 7 hingga 10 hari, sementara gejala alergi senantiasa ada selagi pencetusnya ada dipersekitaran.

 
×
Hello Dear,
What can I help you?