Pencegahan Alahan Dan Resdung

 

Bolehkan Alergi Hidung dan Resdung di Cegah?

Memang sukar hendak mencegah gejala 100% kerana ianya berada di persekitaran kita. Namun, jika anda tahu punca yang menyebabkan gejala anda tercetus, mengelak daripada terdedah kepada punca gejala, dapat mengurangkan risiko. Contohnya:

  • Cuci sarung bantal, selimut dan cadar dengan air panas seminggu sekali.
  • Gunakan cadar dan sarung bantal yang diperbuat dengan "airtight allergen-proof covers".
  • Elakkan bantal yang terbuat daripada bahan asli seperti bulu burung atau kapas, sebaliknya gunakan bantal yang diperbuat daripada bahan fiber sintetik.
  • Gunakan cadar dan sarung bantal yang diperbuat dengan "airtight allergen-proof covers".
  • Sebaiknya tidak menggunakan permaidani, jika tidak, vakum selalu.
  • Elakkan binatang peliharaan, jika tidak pastikan mereka berada di luar rumah.
  • Jika rumah anda banyak lipas atau tikus, hapuskannya. Cuci semua permukaan dengan pembersih pembasmi kuman. Cuci peralatan dapur sebelum menggunakannya. Pastikan semua makanan ditutup rapat sebelum disimpan.
  • Penggunaan langsir tidak digalakkan, jika tidak, cuci selalu.
  • Jika terdapat tanda-tanda kulat tumbuh di dinding atau lantai rumah anda, hapuskannya.
  • Berhenti merokok atau elakkan diri anda daripada asap rokok dan udara tercemar.
  • Elakkan diri daripada bauan yang kuat seperti minyak wangi, cat, pencuci dan lain-lain.
  • Jangan sapu rumah, sebaik-baiknya gunakan pembersih vakum yang menggunakan penapis udara.
  • Pasang kipas untuk menggalakkan peredaran udara.
  • Gunakan patung permainan yang boleh dibasuh.
  • Lap semua permukaan menggunakan kain yang lembab dan elakkan menyapu habuk.
  • Gunakan penapis udara yang menggunakan penapis berteknologi HEPA jika berkemampuan.
  • Jika anda alah terhadap faktor di luar rumah elakkan daripada melakukan aktiviti seperti berkebun dan dekat pada pokok-pokok berbunga terutama di waktu pagi.
  • Elakkan dari terdedah kepada kulat seperti daun basah dan sampah sarap di luar rumah.
  • Ambil ubat alahan anda dahulu sebelum berenang, menyelam atau mendaki.
  • Pencegahan di sekolah, pastikan tempat duduk anak anda berada jauh daripada papan hitam bagi mengelakkan debu kapur tulis.

Penjagaan Diri :

  • Rehat yang cukup dan makan makanan yang berkhasiat.
  • Minum banyak air bagi mencairkan hingus dan kahak.
  • Bernafas dalam wap panas dari semangkok air (boleh tambah sedikit minyak angin) bagi melegakan pernafasan.
  • Ambil suplemen seperti multivitamin dan multimineral serta vitamin C untuk membantu menguatkan sistem pertahanan badan.

Rawatan

Ubat-ubatan dalam bentuk tablet, titisan atau semburan hidung boleh didapati di mana-mana klinik dan farmasi di seluruh negara. Bertindak memberikan kelegaan sementara. Terdapat kesan sampingan seperti mengantuk, hilang konsentrasi, depresi, cepat marah, masalah seksual, sakit kepala dan pelbagai lagi. Ibubapa pula perlu mengambil kira kesan jangkamasa panjang ubat-ubatan tersebut terhadap anak-anak mereka.Bagi sinusitis kronik, ketumbuhan di dalam rongga hidung seperti 'polyps' atau kecacatan seperti dinding pemisah hidung yang bengkok (deviated septum), jika dengan pengambilan antibiotik atau ubat-ubatan lain tidak mendatangkan kesan, kaedah yang terbaik adalah melalui pembedahan.

 
×
Jangan tunggu lagi! Hubungi kami dan dapatkan EZiBreathe sekarang.