Siapa Kami

Alhamdulilah, produk kami telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan dijamin halal

Kami sangat komited dalam mengkaji dan menghasilkan produk berasaskan homeopati yang berkualiti tinggi. Bahan-bahan terdiri daripada sumber semulajadi bumi, yang serasi dengan tubuh manusia, tanpa mendatangkan kesan sampingan dalam jangka masa pendek atau panjang. Produk ini selamat digunakan untuk semua golongan dan peringkat umur. Kami ingin menjadikan perubatan homeopati dan herba menjadi pilihan utama keluarga.

LATAR BELAKANG SYARIKAT

Di sini kami menyediakan Ubat Resdung dan Rawatan Resdung yang berkualiti, dirumus daripada remedi Homeopati oleh sepasukan doktor yang diiktiraf dengan pengalaman klinikal yang luas. SR Cosmetics ditubuhkan di Pejabat Pendaftar Perniagaan Kuala Lumpur pada 31 Julai 2001. Ianya ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan sebagai pengeluar dan pengedar produk kecantikan dan kesihatan umum.

Pada mulanya, kami hanya menjadi pengedar produk yang dimiliki oleh syarikat lain dan hanya pada pertengahan tahun 2007, kami mula mengeluarkan produk sendiri iaitu produk kesihatan berjenama EZiBreathe. EZiBreathe dijual secara kecil-kecilan di tapak-tapak gerai yang disewa di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Bermula dari sinilah, disebabkan terbukti keberkesanannya, pengguna EZiBreathe semakin bertambah.

Dan hari ke hari produk ini semakin mendapat sambutan dan ianya tersebar dari mulut ke mulut. Hinggakan ada daripada pengguna EZiBreathe sanggup datang daripada Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.Melihatkan permintaan yang menggalakkan daripada penguna kami mula mencari pengedar bermula April 2008 untuk membantu memasarkan EZiBreathe di peringkat nasional.

 

Berminat? Hubungi Kami Sekarang.

Adakah anda telah jumpa solusi kepada masalah anda, pihak kami sedia membantu anda.