Loading cart contents...
View Cart Checkout
Cart subtotal:

FAKTA PERBEZAAN ALAHAN HIDUNG DAN RESDUNG

Alahan Hidung (Allergic Rhinitis)

Radang pada selaput rongga hidung disebabkan tindakbalas keterlaluan sistem imunisasi (pertahanan badan) terhadap “allergen” (faktor yang menyebabkan alahan).

“Allergen” (Faktor Penyebab)

  • Pencemaran udara seperti habuk, asap rokok, kenderaan atau masakan.
  • Bauan kuat seperti minyak wangi atau cat.
  • Debunga.
  • Hama.
  • Bulu binatang.
  • Lipas atau tikus.
  • Makanan laut atau pedas.
  • Perubahan cuaca sejuk atau panas.
  • Jangkitan virus atau bakteria.
  • Masalah alahan hidung dan lelah yang berpanjangan.
  • Perubahan tekanan udara seperti mendaki, berenang atau menyelam.
  • Kecacatan atau ketumbuhan di dalam hidung.
  • Sistem imunisasi badan yang lemah.
  • Penggunaan berpanjangan ubat penyembur hidung.

Resdung (Sinusitis)

Radang pada selaput rongga sinus yang terletak di tengkorak muka (dibelakang tulang pipi, hidung, dahi dan di sekitar mata).
Sinus terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-

  • Sinusisitis Akut – kurang daripada sebulan.
  • Sinusitis Kronik – berbulan dan kadangkala bertahun.

Simptom atau Gejala (Anda boleh mengalami salah satu atau banyak gejala).

  • Kerap bersin dan/atau hidung tersumbat.
  • Hingus yang cair dan jernih.
  • Gatal hidung, mata, telinga dan/atau tekak.
  • Sakit tekak dan/atau batuk yang berulang.
  • Berubah deria bau.
  • Tompok gelap dibawah mata.
  • Pipi atau persekitaran mata rasa sakit.
  • Kelopak mata terasa berat.
  • Hidung tersumbat.
  • Hingus kuning kehijauan yang pekat.
  • Hilang deria bau dan/atau rasa.
  • Batuk dan/atau sakit tekak.
  • Sakit gigi geraham atau rahang.
  • Nafas dan hidung berbau busuk.
  • Sakit kepala dan/atau demam.
  • Nanah atau darah di dalam rongga hidung.

 

Komplikasi

  • Tidur terganggu.
  • Keletihan.
  • Kerap merasa  tidak selesa, cepat marah.
  • Mengurangkan daya konsentrasi.
  • Menghadkan aktiviti.
  • Meningkatkan kekerapan ponteng kerja dan sekolah.
  • Jangkitan di telinga menyebabkan kurang pendengaran atau pekak.
  • Asma (lelah).
  • Resdung.
  • Sakit tekak dan batuk yang berterusan.
  • Sakit kepala.

Walaupun jarang berlaku, komplikasi melibatkan:-

  • Bengkak atau penanahan di otak.
  • Jangkitan di tulang sumsum.
  • Masalah penglihatan.
  • Asma
WhatsApp Perlukan Bantuan?